LAWATAN “MASIH ADA YANG SAYANG”

Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti diluar kelas yang boleh mendorong murid merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Lawatan ke rumah warga emas, sebagai contoh, dapat memberi peluang murid belajar tentang kepentingan warga emas dalam masyarakat.

RASIONAL

  • Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga emas di Rumah Seri Kenangan Kota Samarahan.
  • Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan kwarga emas dengan lebih dekat lagi.
  • Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah sosial.

OBJEKTIF

  • Melatih pelajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan kerja-kerja gotong-royong dan kebajikan di luar kawasan sekolah.
  • Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan warga emas.
  • Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan warga emas.
  • Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah kepada para pelajar dan peluang bagi pelajar menyiapkan tugasan (kerja amali) bagi matapelajaran Pendidikan Moral (SPM).
  • Mengembirakan golongan warga emas yang kesunyian dengan aktiviti kesenian yang menceriakan.

SASARAN

  • 30 orang pelajar yang terdiri dari Kelab Seni Tari dan pelajar tingkatan 5.

BILANGAN PESERTA / GURU

Seramai 30 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga. Seramai 10 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.
TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 28 Mac 2015
Masa : 7.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat Lawatan : RUMAH SERI KENANGAN KUCHING
Batu 12, Jalan Kuching/Serian,
94300 Kuching Samarahan, Sarawak

AJK INDUK

Pengerusi : En. Wahab bin Bujang (Pengetua Sekolah Seni Sarawak)
Naib Pengerusi : Pn Juncy bt Abdullah (PK Kokurikulum)
En. Zakaria bin Dolmat (PK Kurikulum)
Tn.Haji Abdul Wahab bin Bujang (PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : En. Rejerki ak Misek
Bendahari : Pn. Nancy Florance ak. Gilbert Apun

AJK KERJA

Penyelaras Program: En. Rejerki ak Misek
Protokol : Pn Halina Lim Mei Phing
Aktiviti : En. Mohamad Shaiful Akmal b Jaafar, En. Wagner John
Kecemasan : Cik Dg. Noridah bt Amat
Makanan : Pn. Nancy Florance, Pn. Iaima bt Openg
Pengangkutan : En. Dzulghafar bin Ismail, En Ridzuan Lias

– Bertolak ke RSK
– Tiba di RSK
– Taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
– Aktiviti gotong-royong
– Rehat
– Melawat sekitar kawasan RSK dan beramah mesra (persembahan) bersama penghuni
– Makan tengah hari / solat
– Penyampaian cenderahati / penutup
– Bertolak balik ke sekolah

PENUTUP

Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan warga emas selain menghargai peranan mereka dalam masyarakat.
……………………………….
(REJERKI AK MISEK)
Guru Penyelaras Kelab
Sekolah Seni Malaysia Sarawak.

20150328_092411 20150328_094350 20150328_101416 20150328_105116 20150328_113016 20150328_113239 20150328_113243 20150328_114354

Bengkel Tari – Gendang Air

Bengkel Seni Tradisi Gendang Air telah dijalankan pada 7 Mac 2015 di Kampung Jaie yang terletak di daerah Samarahan. Kampung ini sebenarnya merupakan kampung asal pengetua SSeMS iaitu En. Wahab bin Bujang. Tujuan bengkel ini adalah untuk menjejaki warisan muzik dan tari Gendang Air yang terkenal di kampung ini khasnya, dan Daerah Samarahan umumnya. Program bermula dengan perjalanan dari sekolah ke kampung ini dengan menaiki bas yang membawa pelajar penjurusan tari tingkatan empat dan penjurusan muzik tingkatan 5, diiringi oleh En Dzulghafar dan En. Wagner bersama beberapa orang jurulatih muzik. Tuan Pengetua, En Abdul Wahab b Bujang (PK HEM) dan En Reduan Taha (PK Seni) turut bersama-sama sepanjang bengkel ini dijalankan. Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam 30 minit tidak terasa apabila setibanya di kampung tersebut, keluarga pengetua dan penduduk kampung menyambut meriah kedatangan pelajar dari sekolah seni dengan juadah istimewa – apam balik dan ketupat pulut. Seterusnya, beberapa orang pelajar bersama jurulatih dan pengetua sempat ke kebun untuk mengambil buluh yang akan dijadikan props untuk bidang tari.  Bengkel Seni Tradisi Gendang Air dijalankan di rumah pengetua sendiri bersama beberapa orang-orang tua yang mahir bermain gendang dan ‘tari joget’.  Setibanya waktu tengahari, semua peserta yang datang menikmati juadah makan tengahari menandakan tamatnya sesi bengkel tersebut. Rombongan ini berangkat pulang ke sekolah seni selepas waktu Zohor.

IMG-20150307-WA0010 IMG-20150307-WA0013 IMG-20150307-WA0014 IMG-20150307-WA0015 IMG-20150307-WA0016 IMG-20150307-WA0019 IMG-20150308-WA0006 IMG-20150310-WA0027 IMG-20150310-WA0028

Majlis Penghargaan Sukarelawan JKM Negeri Sarawak 2015

Semalam, 5 Mac 2015, bertempat di Merdeka Palace, Kuching, pasukan tari SSeMS dan jabatan muzik sekolah telah dijemput khas bagi mengadakan persembahan sempena Majlis Penghargaan Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak. Majlis yang bermula jam 8.00 malam dimulai dengan sesi raptai pada jam 5.00 petang. Sejumlah 27 orang pelajar ( 16 tari dan 11 muzik) diiringi 5 orang jurulatih (Pn. Nancy & En. Rejerki dari bidang tari) telah mengadakan persembahan iaitu tarian kreasi Bidayuh & Melanau dan persembahan selingan iaitu Joget. Tarian pembukaan kali ini dilihat agak menarik kerana ianya diiringi dengan muzik live dari bidang muzik yang turut menggabungkan rentak tarian bidayuh dan melanau. Ini merupakan penampilan pertama bagi kumpulan muzik (kumpulan pemuzik baru) sebagai persediaan awal ke peringkat antarabangsa dalam bulan Julai nanti.

20150305_163703 20150305_180443 20150305_193632 20150305_194039 20150305_195840

Antara foto-foto lain..

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1559825334296713.1073741835.1542308349381745&type=1

Fiesta Kamek 1 Sarawak

Pasukan tari dari SSeMS telah menyertai pertandingan/persembahan sempena program Fiesta Kamek 1 Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Kuching pada 28 Februari 2015 (penghujung hari dalam bulan Februari) – program penutup untuk bulan Februari 2015. Kali ini, pasukan tari telah dijemput khas dan diarahkan untuk menyertai pertandingan yang juga merupakan persembahan khas bagi memeriahkan program Fiesta Kamek 1 Sarawak. Program ini merupakan anjuran bersama oleh beberapa pihak iaitu Persatuan Ko-Ordinasi Pelancongan Satok, TZar Enterprise dan KOBIS serta  turut disokong oleh beberapa media rasmi seperti Cats FM, Kementerian Pembangunan Sosial dan Utusan Sarawak/Sarawak Tribune. Antara lain pengisian dalam fiesta ini ialah seperti Futsal Ku Kreatif, Battle of the Band dan banyak lagi. Kali ini, jurulatih tari (En Rejerki, Pn Nancy, En Dzulghafar, En Wagner dan Pn Iaima) bersama-sama berganding bahu untuk memudahkan urusan pasukan tari menyertai pertandingan ini. Terima kasih diucapkan untuk kerjasama yang padu.

P/s : Tarian yang memikat hati VIP yang menontonnya telah menyebabkan pasukan tari SSeMS ‘dilamar’ oleh ‘Datuk S’ untuk menyertai dan membuat persembahan sempena Hari Belia yang akan dijalankan pada 23 Mei 2015 di Bintulu.

Jpeg Jpeg Jpeg Jpeg Jpeg

Layari https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1556814661264447.1073741833.1542308349381745&type=1 untuk foto-foto yang lain.

 

Bengkel 10th Sabah International Folklore Festival dan Tugu Budaya

Dua orang jurulatih tari (Cik Dg Noridah dan En Rizduan) bersama empat pelajar tingkatan dua iaitu Jackson Janda, Asfaniza, Fedrick Mujang dan Almiesha Jenun telah berangkat ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Sabah bagi pertandingan tarian sempena 10th Sabah International Folklore yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2015 di Kota Kinabalu. Bengkel Koreografi Tari dan Susunan Muzik sempena program Tugu Budaya edisi ke-7 berlangsung selama tiga hari (22- 24 Februari) bertujuan memberi penerangan tentang syarat-syarat pertandingan, konsep dan juga asas tarian yang akan dipertandingkan. Tahun lepas (2014), SSeMS telah berjaya mendapat Silver Medal dalam pertandingan Tugu Budaya edisi ke-6. Antara dapatan dari bengkel ini ialah, kategori pertandingan masih dikekalkan kepada empat kategori utama iaitu Solo, Duet@ Berpasangan, Tarian Tradisi (Kumpulan) dan Kreatif (Kumpulan). Bekas pelajar SSeMS, Ealbie Brendant turut menyertai bengkel ini walaupun beliau mewakili pasukan lain bagi tahun 2015.

Maklumat tambahan, Pertandingan Tarian sempena Tugu Budaya akan diadakan pada 10 – 15 Ogos 20155 di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi jurulatih yang menghadiri bengkel ini atau anda boleh menghubungi Lembaga Kebudayaan Sabah.

IMG-20150222-WA0005 IMG-20150222-WA0006 IMG-20150222-WA0007 IMG-20150222-WA0008 IMG-20150222-WA0009 IMG-20150222-WA0004

Sambutan Tahun Baru Cina Warga SSeMS 2015

Warga SSeMS telah merayakan Sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun 2015 di peringkat sekolah bersamaan dengan Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ peringkat sekolah pada 27 Februari 2015 bertempat di Dewan Makan, SSeMS. Program ini merupakan program yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Staf SSeMS dan juga Bidang Bahasa sekolah. Sambutan yang sederhana meriahnya ini di mulai dengan perhimpunan, persembahan, ucapan dari pengetua sekolah, sesi penyerahan ‘ang pow’ kepada pelajar, jamuan, cabutan bertuah ‘ang pow’ untuk guru-guru dan juga sesi fotografi. Semoga kemeriahan ini akan berkekalan dan mendatangkan nasib, tuah dan rezeki serta menjanjikan kebahagian sepanjang tahun 2015.

IMG-20150227-WA0038

Antara gambar-gambar dari facebook page kami :

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1556778204601426.1073741832.1542308349381745&type=1

Persembahan Khas (Pocket show), Ulangtahun ke-25 Kampung Budaya Sarawak

Sekolah Seni Malaysia Sarawak (Jabatan Tari) telah dijemput sekali lagi oleh pihak Kampung Budaya Sarawak untuk mengendalikan persembahan khas di pavillion (luar) sempena hari ulangtahun ke-25 Kampung Budaya Sarawak pada 14 Februari 2015. Pelajar dari Kelab Tari telah bergabung dengan pelajar penjurusan bidang Muzik tingkatan 5 untuk mengendalikan persembahan (pocket show) pada kali ini. Antara persembahan yang ditonjolkan ialah Tarian ‘Ule Nugan’ dari suku kaum Orang Ulu, Joget Labuan dan Tarian Bidayuh ‘Sigar Birami’. Para pelajar muzik pula mendendangkan beberapa lagu serta instrumental muzik yang menarik perhatian orang ramai. Antara jurulatih yang terlibat ialah Puan Nancy & En Rejerki (Tari). En Raynold, En Benzie & En Hasbullah (muzik) dan tidak lupa juga kepada En. Welson Ling yang turut bersama mengiringi pelajar. Ribuan terima kasih diucapkan atas semua kerjasama dan bantuan yang diberikan.

20150214_153708 20150214_153506 20150214_153415 20150214_153411 20150214_153155 20150214_105829 20150214_111516 20150214_120106 20150214_122722 20150214_153152 20150214_105814 20150214_105755 20150214_094300 20150214_092444

 

Majlis Ulangtahun ke 20 Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) 31 Oktober 2014

Jabatan Tari SSEMS telah bergabung dengan Jabatan Muzik & Teater, SSEMS untuk membuat persembahan penuh bagi Majlis Ulangtahun Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak yang ke-20. Majlis makan malam yang bertempat di Borneo Convention Centre Kuching bermula sejak 7.30 malam sehingga lebih kurang jam 11 malam. Majlis ini disem­purnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri. Hadir sama Setiausaha Kera­jaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Pembangunan Estet Perin­dustrian Datuk Peter Nansian Ngusie dan Pengarah Eksekutif PPKS Datuk Baharudin Abdul­lah.

SSEMS dan Jabatan Tari, khasnya berasa sangat bangga kerana telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan penuh sepanjang majlis makan tersebut bersama dengan Bidang Teater dan Muzik yang turut membawakan pasukan orkestra SSEMS bagi memeriahkan majlis tersebut. Antara tarian yang dipersembahkan sepanjang majlis tersebut ialah tarian Kanjet Leto, Sigar Nyikoh Jojak, Zapin, Tarian Kreatif. Antara jurulatih tari yang terlibat secara langsung ialah Pn Halina Lim, Pn Nancy Florance, En Dzulghafar dan En Rejerki.

16410_10152881444718713_5268614922187467785_n 1470287_10152881446003713_8311073575290903486_n 1506016_10152881445748713_2798956463695008513_n 1517524_10152881440198713_3707947570026396767_n 10312362_10152881439903713_1440120934999552138_n 10365905_10152881439983713_5027987914200618015_n 10376162_10152881442103713_1246935601683000206_n 10393893_10152881444248713_801094174587989586_n 10423699_10152881443763713_2868014122297939525_n 10461442_10152881442253713_9175646051379240240_n 10488262_10152881444608713_2318574149007637439_n 10649687_10152881441898713_1577319630063862368_n 10806475_10152881444888713_7602801033150818285_n 20141030_153046 20141031_171042 20141031_171049

Sesi Ujibakat Tari 2015

Jabatan Tari Sekolah Seni Malaysia Sarawak 2015 telah memulakan sesi ujibakat bagi pelajar bermula 9 sehingga 12 Februari 2015. Bertempat di Dangau SSEMS, sesi ujibakat ini dijalankan bagi memilih pelajar yang akan mewakili SSEMS ke pertandingan tarian di peringkat antarabangsa, Ujibakat ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4,2 dan 1 tanpa memngira bidang pilihan masing-masing. Sesi ujibakat ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Cik Dg. Noridah bt Amat dan En. Dzulghafar memandangkan kedua jurulatih ini akan menjadi penyelaras dan koreografer utama bagi tarian yang akan dibawa nanti. Berikut adalah sebahagian gambar yang telah diambil sepanjang sesi ujibakat tersebut.

20150211_162229 20150211_16223520150211_162820

20150211_163703IMG-20150202-WA0038

The DANCE EXCELLENCE by the Dance Academy Feb 2015

SSEMS telah menghantar wakil pelajar seramai 8 orang iaitu 7 orang pelajar tingkatan 5 dan seorang pelajar tingkatan 4(diiringi oleh Pn. Halina Lim dan En. Dzulghafar) untuk menonton persembahan dari The Dance Academy bertajuk DANCE EXCELLENCE pada Ahad, 1 Februari 2015 di Hotel Pullman & Resort Kuching (Colosseum 1 & 2) bermula jam 8 malam. Antara tarian yang dipersembahkan adalah tarian Kipas Cina, tarian sapu tangan, ballet dan banyak lagi. Persembahan dari the Dance Academy ini merupakan ‘something worth to watch’ kerana memaparkan beberapa tarian yang mungkin ditarikan dan dilihat oleh pelajar-pelajar sekolah seni sebelum ini. Untuk maklumat lebih lanjut tentang the Dance Academy, sila klik link berikut;

https://www.facebook.com/TheDanceAcademyKuching

IMG-20150201-WA0002IMG-20150201-WA0004

IMG-20150201-WA0011IMG-20150201-WA0015

IMG-20150201-WA0013 IMG-20150201-WA0014